¤ tseh ¤
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
From: *¨* Fairlady Shania *¨* fairladyshania@gmail.com
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 9 Nov 2011 00:35:50 +0800
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... ~~~Menjaga hati~~~

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah),
jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh
anggota, itulah hati.
(Bukhari dan Muslim)
Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebuta termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arahan jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
Dalam menghadapi dan menelusuri kehidupan di dunia dengan tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap orang lain. Memang benar, ada manusia diberikan nikmat kurniaan dalam bentuk limpahan kekayaan kebendaan ataupun anak yang ramai.
Dalam hal pemilikan harta kekayaan dunia, seharusnya kita meneliti bagaimana orang itu mendapat hasilnya. Mungkin kerana kecekapan dan kegigihan usaha penuh dedikasi sehingga memperoleh nikmat Allah itu. Kita fikir dan renunglah sebagai iktibar supaya turut sama berusaha gigih. Kita dilarang keras melakukan sebarang pengkhianatan ataupun perbuatan sabotaj terhadap usaha dan dari apa yang mereka perolehi.
Lihat pula dalam aspek ibadah, kita harus melihat kepada orang yang lebih baik daripada kita. Jika ada kalangan sahabat atau ahli masyarakat yang hebat amal ibadat wajib mahupun sunat, perlu dijadikan ikutan supaya kita juga termasuk dalam kategori mukmin solih dan kuat beribadah.
Allah berfirman bermaksud:
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi
orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi
wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.
(Surah An-Nisa:ayat 32)
Perlu ingat , perbuatan berdengki dengan nikmat dimiliki orang lain akan
membawa kepada kemurkaan Allah dan menyebabkan si pelaku hilang pahala
segala amalnya. Oleh itu didiklah hati supaya bersih daripada tompokan
rasa dengki.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment