Sunday, August 7, 2011

Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat?

¤ tseh ¤

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-----Original Message-----
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 06 Aug 2011 01:01:14
To: Malaysianews<MalaysiaNews@yahoogroups.com>; TemanHidup@yahoogroups.com<TemanHidup@yahoogroups.com>; <blalang_group@yahoogroups.com>; ReSpeKs2008<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat?

*Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat?*

Oleh: *BayangDiAir*
<http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=BayangDiAir>

"<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVtvhCnbN5VVJBZitB8x1buxZzhxlM-0Kug3QLY_j6LyE-1Pu-QDxC7X1IIUmSZVouzY5kHlbXueidNj1DLqFMCkLHS_WLAhUijRfb8wmwd24TGzo98Rkx6dNxQrymhPLk4fLaUT6nNg/s1600/images.jpg>Ya
Allah, baru kusedari bahawa wajahku tidak pernah senyum apabila sedang
berhadapan dalam majlis-Mu. Sedangkan solatku ini adalah berhadapnya aku
dengan-Mu, Kekasihku. Adakah aku tidak ikhlas dalam berhadapan dengan-Mu
dalam solat ini, wahai Tuhanku?

Ya Allah, beratnya wajahku BAGAI aku menanggung beban yang sangat hebat.
Tiada seri dan ceria pada air muka ini. Bagai air kolam yang bertakung
begitu lama. Tiada riak, bagai angin tak pernah sampai di sini. Mengapa
jadi begini?

Ya Allah, bukankah aku sedang berdiri, rukuk dan sujud. Menyerahkan diri
ini kepada-Mu. Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Indah. Sewajarnya aku
sedang menikmati keindahan-Mu ya Zul-Jalal Liwal Ikram. Bukankah wajah
ahli syurga akan berseri-seri di syurga kerana dapat memandang Zat-Mu?

<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxpAG4ipIE8miIMIuKG__hOOfNokzfGGrT8Rus2rqho5_itBLECuVYiqitW4a8VtgMROgiTKH48zGisSpKw4e7p0wuiD20RvX8RSaIuuFoVvC8Strsg8AWImtxsDO2BHOoCt3UdhUmGg/s1600/index.jpg>
Ya Allah, apakah hambamu ini belum mencapai martabat ihsan? Aku belum
mampu beribadat seolah-olah aku yakin Engkau melihatku atau aku
seolah-olah sedang melihat Engkau? Kalau benar aku ini ihsan ya Allah,
tentulah wajahku berseri-seri di dalam solat. Bukankah begitu wahai
Kekasihku?

Ya Allah, sewajarnya wajahku ceria ketika patah-patah ayat suci bermesra
di lidahku. Sewajarnya air mukaku kelihatan gembira ketika aku qiam,
rukuk dan sujud kepada-Mu. Aku sewajarnya tersenyum dan berwajah permata
kerana Engkau-lah yang sedang berada di majlis amalan cintaku.

Ya Allah, kalau hamba-Mu akan gembira dapat melihat Zat-Mu di syurga
kelak, apakah aku tidak patut gembira dalam solat ini? Bukankah solat
ini telah menemukan aku rapat dengan-Mu, ya Allah. Bukankah yang sedang
berada di depanku sekarang ialah Engkau, wahai Kekasihku?

Ya Allah, aku tidak pernah menunjukkan wajah senyumku kepada-Mu ketika
solatku. Aku takut kepada-Mu ya Allah kerana dosa-dosaku. Namun, hati
ini sangat gembira sebenarnya kerana Engkaulah di depanku. Sebagaimana
Engkau janjikan ahli syurga gembira berhadapan dengan Kekasih di dalam
syurga, izinkanlah di dunia ini, dalam solat yang singkat ini, aku
merasai pengalaman syurga ya Allah. Biarlah manusia lain berwajah berat
menanggung beban solat, namun aku lebih rela berwajah ceria kerana
kegembiraanku dapat berada dalam majlis-Mu telah mengatasi rasa takut
dan berat bebanku.

Ya Kekasih para mukmin, kurniakanlah kepada kami wajah berseri-seri
dalam solat ini. Kurniakanlah kami ihsan yang menjadikan kita bukan lagi
sekadar rapat dengan kata-kata tetapi telah rapat menyelinap di dalam
jiwa. Dunia solat yang singkat ini adalah pancaran dunia syurga. Di mana
sahaja kami berada, izinkan kami melihat dengan haqqul yakin
kewujudan-Mu Yang Terindah. Sesungguhnya, gembira kami telah mengatasi
rasa takut ini kerana kami sedar betapa melimpah-ruahnya kasih sayang
dan keampunan-Mu. Perkenankanlah cita-cita kami wahai Zat Yang Maha Suci.
http://dakwahkemaman.blogspot.com <http://dakwahkemaman.blogspot.com>
--
*

pendekarblogger
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail
Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
<http://www.gelangmanikwanita.blogspot.com/>WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
<http://www.pendekarblogger.com/> ******* <www.harunyahya.com>**
<www.harunyahya.com>*WWW.HARUNYAHYA .COM <http://www.HARUNYAHYA.com/>***
<www.harunyahya.com>*
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>
**** : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>**<http://www.gelangmanikwanita.blogspot.com/><http://www.pendekarblogger.com/>

***** <www.harunyahya.com>**-Whomsoever ALLAH guides, none can lead
astray and whomsoever He send astray, none can guide.

<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>

No comments:

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...