¤ tseh ¤
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
-----Original Message-----
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sat, 06 Aug 2011 01:00:03
To: Malaysianews<MalaysiaNews@yahoogroups.com>; TemanHidup@yahoogroups.com<TemanHidup@yahoogroups.com>; <blalang_group@yahoogroups.com>; ReSpeKs2008<respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Kebaikan Berpuasa Dari Sudut Kesihatan
Kebaikan Berpuasa Dari Sudut Kesihatan
<http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&new_topic=8>
*Kewajipan berpuasa*
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )" Wahai orang-orang
beriman !Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang
orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.."
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang
dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia
bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan,
faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan
menghayatinya.
Keutamaan Ramadhan
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat
dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat
Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk
kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.
Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
Fadhilat yang lain-lain
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan
apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di
syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus
kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat
memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Amal Ibadah di Bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan
Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya
menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
1. Solat sunat Tarawih
2. Solat-solat sunat yang lain
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
4. Memberikan hidangan berbuka puasa
5. Banyakkan membaca tahlil
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
8. banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran,
kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya.
Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana
bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah
kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
KEBAIKAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS :
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat
membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr.
Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat
ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut." Banyak
kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar
berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja
dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga
menajamkan minda kita.
<http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTVM1Q5S5XNxoU7J0mgxoovDniYef5vJPTadtelhlSkcrlrqX0M2g>
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan,
otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran
darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah
apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah
untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika
berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini
menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada
diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental
dan fizikal yang berkesan.
<http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTaGxO8tc-4EPj6iLL2ui0erpTrEjTcGVkPFSQwoeAyl5xWJi3w>
<http://huldaclarkzappers.com/wp-content/themes/kubrick2/images/cott1_diet.jpg>
Dr. Alan Cott,
<http://ebookee.org/Allan-Cott-Fasting-The-Ultimate-Diet_710371.html>
Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap
penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah
kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang
rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya,
ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor
(markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang
tidak berpuasa.
Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu
kongres antarabangsa bertemakan "Kesihatan dan Ramadhan" telah diadakan
di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari
seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu.
Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah
yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas
iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca
penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit
yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan
Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini
meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah
tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti.
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada
tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat
bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia
masa kini.
Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :
"Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan
makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna."
<http://bp3.blogger.com/_C3MA-Z8hrrs/SHsHzuiUUOI/AAAAAAAAAOQ/_s-a8j43owU/s200/Dr+Alexis+Carrel.jpg>
Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi
penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan
berpuasa dapat membersihkan pernafasan.
Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut
yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat
sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan
mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.
<http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRnBaHsKILJcjBuWAZf6UGBYWO0QJBNWzeT202uvE2XVUJsx7aFog>
Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama
jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta
perlu diservis selalu bagi ianya bisa berjalan lancar dan tanpa
gangguan.Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada
kereta dimana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama
sebulan,malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan
berpuasa.Wallah Huaalam.
-DariMindaku
<http://waksab.blogspot.com/2011/08/kebaikan-berpuasa-dari-sudut-sains.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Darimindaku+%28DariMindaKu%29>
--
*
pendekarblogger
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail
Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
<http://www.gelangmanikwanita.blogspot.com/>WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
<http://www.pendekarblogger.com/> ******* <www.harunyahya.com>**
<www.harunyahya.com>*WWW.HARUNYAHYA .COM <http://www.HARUNYAHYA.com/>***
<www.harunyahya.com>*
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>
**** : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>**<http://www.gelangmanikwanita.blogspot.com/><http://www.pendekarblogger.com/>
***** <www.harunyahya.com>**-Whomsoever ALLAH guides, none can lead
astray and whomsoever He send astray, none can guide.
<http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/post?postID=5dPqGbNFre1cTx-h22O08gn4i9S1il7wFyN2exscyIXEIcL7VS5vm2rJWhJHcjK5KP31OypnSlPBrMRwPhuYemia4UBc5MJ9loCtzNJ4RA>
1 comment:
http://www.markbattypublisher.com/jsp/buytramadol/#7944 tramadol dosage 500mg - buy tramadol from us
Post a Comment